Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tababbur dan Tafakkur

Hidup dan perjuangan.

Kehidupan adalah satu perjuangan, ia seolah-olah satu treadmill yang memaksa semua orang yang melaluinya untuk terus melangkah kehadapan. Golongan yang paling berjaya ialah mereka yang berusaha untuk bergerak dengan pantas dan cekap manakala mereka yang refuse untuk bergerak ke hadapan akan gagal dan tenggelam dalam kehidupan. Penagih dadah, penganggur yang mengharapkan bantuan kerajaan (walaupun sihat walafiat) dan penagih telefon bimbit yang menghabiskan waktu sepanjang hari leka dengan dunianya, kesemua mereka diberi pilihan (1) Fight the world (2) Tenggelam dalam kenikmatan yang memeritkan. Hidup adalah perjuangan, siapa yang tidak mahu berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan maka dia akan masuk ke dalam neraka dunia sebelum masuk ke neraka akhirat.

Jikalau tuhan itu wujud, dimanakah keadilan dunia?

Ini adalah salah satu syubhat yang selalu ditimbulkan oleh golongan atheis dan golongan yang mengingkari kewujudan tuhan. Jikalau tuhan itu wujud, di manakah keadilan? di manakah tuhan ketika mana seorang isteri yang tidak berdosa dipukul dan didera oleh suaminya? dimanakah tuhan ketika mana seorang kanak-kanak mati kelaparan? ini adalah antara persoalan yang sering ditanya-tanya oleh golongan yang menyangkal keadilan dan kewujudan tuhan seolah-olah keadilan itu hanya terbatas di dunia sahaja. Pertama sekali apa yang kita perlu sedar ialah keadilan yang diberikan oleh Allah bukanlah terhad di dunia ini. Allah menciptakan dunia dan akhirat di mana dunia menjadi tempat ujian dan beramal manakala akhirat menjadi tempat perhitungan. Sekiranya seseorang hamba menyedari bahawa dunia ini hanyalah tempat beramal untuk menentukan nasib kita di akhirat kelak dia akan menyedari bahawa Allah ialah yang maha adil dan yang terpaling adil. Allah berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 42: ‎وَلَا تَحۡسَ...

Peraturan dalam kehidupan

     Hidup ni rules dia simple je. 1- Kau takkan rapat dengan semua orang. 2- Bukan semua orang selesa dengan kau. 3- Bukan semua orang sama pemikiran dengan kau. 4- Kawan untuk dunia datang dan pergi, tapi kawan untuk akhirat akan sampai ke syurga ( reference kepada ahli syurga yang bertanyakan kepada Allah di mana sahabat2 mereka ). Sesetengah orang ( termasuk aku ) selalu terkejar-kejar nak rapat dengan seseorang yang kita macam sayang lebih tapi kadang-kadang dia tak layan pon. Kadang-kadang kita rasa sedih gila bila ada orang macam taknak rapat dengan kita, padahal kita tak sedar bahawa manusia ini berbeza dari segi personalitinya dan fikrahnya. Apa yang si A rasa best tidak semestinya si B pon rasa best. Jadi jangan terkejar-kejar sangatlah orang yang taknak kat kita tu, manusia kat luar sana ramai lagi, .nak bersedih dan berdukacita sebab seorang manusia yang taknak layan kita itu adalah tindakkan -hmmmm- yang sangat tidak wajar.    Kalau boleh nak persah...

Hakikat kesyukuran

Baru2 ni dapat satu soalan daripada salah seorang "kenalan" daripada UIA. Atas dasar sangka baiknya dengan aku, dia tanya satu soalan pasal hakikat kesyukuran. Awal2 tu rasa segan gila nak jawab. Kita ni bukanlah sesiapa nak jawab soalan tentang salah satu aspek penting dalam kehidupan sebagai seorang hamba di bumi Allah, jadi aku forwardkan soalan tersebut kepada Naqib aku, Ustaz Eirfan yang memang alim dalam bab2 Tazkiyatun nafs ni dan seorang lagi hamba Allah ni yang memang menjadi tokoh dalam bab hadis (harap bila dapat jawapan yang selit2 hadis nabawi ni dapatla dia tertarik sikit dengan dakwah sunnah hehe) Tapi malangnya lepas 5 jam, soalan yang di"forward"kan masih lagi tidak dilayan, maka terpaksalah aku berhempas pulas membuka kitab, membaca fatwa-fatwa ulama' mengenai hakikat kesyukuran ini ini soalannya:- dan ini pula jawapan aku:- First kene define betul2 lah apa maksud syukur tuh😅 Sheikh Ibn Baz dia explain yang syukur kepada Allah ada 3 (1)Melalui...

Makna Kehidupan

Kadang-Kadang selalu aku termenung jauh ke hadapan tentang maksud sebenar kehidupan. Kehidupan ini bagi aku adalah satu benda yang ajaib, satu anugerah yang dikurniakan kepada setiap hamba oleh Tuhan yang maha esa untuk buat segala perkara yang diinginkannya di dunia ini semahu-mahunya sebelum kembali bertemu dengan penciptanya. Bagi aku dalam kehidupan ini kita terbahagi kepada dua golongan  1-golongan yang mengikut kehidupan. 2-golongan yang hidup dalam kehidupan. apa maksudnya tu?? baik, aku akan explain  Dalam kehidupan kita ni kita akan sentiasa ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui. Kita bermula sebagai seorang bayi yang lemah, sentiasa memerlukan perlindungan daripada ibu bapa kita. Kemudian kita menjadi pemuda dan pemudi yang gagah dan bersemangat dan penuh dengan cita-cita. Peringkat seterusnya  kita akan menjadi seorang yang dewasa yang matang dalam segala tindak-tanduk kita. Mungkin tak sesemangat dan segagah seorang pemuda, namun kita akan menjadi lebih b...

Hakikat Cinta

   "Apa itu cinta?" ini adalah antara salah satu persoalan yang sering aku tercari-cari maknanya dan hakikatnya. Bagi aku cinta ini adalah salah satu misteri dan perkara yang menakjubkan dalam hidup ini. Cuba fikirkan,seorang yang kaya dan diberi nikmat yang banyak oleh Allah S.W.T yang nikmat itu sering dicemburui manusia mungkin akan merasakan kehidupan ini kosong dan tiada nilai hanya kerana perempuan yang dicintainya tidak bersama dengan dia dan bersama dengan orang lain.Teringat aku tentang kisah Tenggelamnya kapal van der wjick dimana pada peringkat akhir penceritaan Buya Hamka ketika mana watak utama, iatu Zainuddin telah berjaya mencapai puncak kejayaannya. Beliau telah menjadi seorang karyawan yang ulung dan terkenal yang disanjung oleh pelbagai pihak dan diberikan kenikmatan yang jikalau kita membacanya pasti kita merasakan bahawa ia mungkin dapat menebus semula segala kekecewaannya sebelum ini, di mana beliau menjadi orang buangan dan dipandang rendah oleh orang la...

The Thing That You Fear The most

'What is the thing that you fear the most?". This is the question that was asked by my Thinking Skills lecturer. Honestly, this question circulated my mind for some time now. When we talked about fear, the first thing that popped onto my mind was "what is fear?"."why we need fear in our life?" and "why do we feel fear?" Is it a necessity in our life? To feel completely powerless, feeling your heart beating so fast that you wish that the earth will swallow you up, but that question is for another post, for now what is important is the very fundamental question. The thing that I fear the most is knowing the fact that it is almost impossible for me to achieve my dream, it is not relevant to the topic regarding what my dream is but every time I picture myself achieving it, standing with pride, I could not help myself from doubting my capabilities "what if I failed?",  "What if I give up along the way?", what if?  what if? ...