Skip to main content

Jikalau tuhan itu wujud, dimanakah keadilan dunia?





Ini adalah salah satu syubhat yang selalu ditimbulkan oleh golongan atheis dan golongan yang mengingkari kewujudan tuhan. Jikalau tuhan itu wujud, di manakah keadilan? di manakah tuhan ketika mana seorang isteri yang tidak berdosa dipukul dan didera oleh suaminya? dimanakah tuhan ketika mana seorang kanak-kanak mati kelaparan? ini adalah antara persoalan yang sering ditanya-tanya oleh golongan yang menyangkal keadilan dan kewujudan tuhan seolah-olah keadilan itu hanya terbatas di dunia sahaja.

Pertama sekali apa yang kita perlu sedar ialah keadilan yang diberikan oleh Allah bukanlah terhad di dunia ini. Allah menciptakan dunia dan akhirat di mana dunia menjadi tempat ujian dan beramal manakala akhirat menjadi tempat perhitungan. Sekiranya seseorang hamba menyedari bahawa dunia ini hanyalah tempat beramal untuk menentukan nasib kita di akhirat kelak dia akan menyedari bahawa Allah ialah yang maha adil dan yang terpaling adil.

Allah berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 42:

‎وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَـٰفِلًا عَمَّا یَعۡمَلُ ٱلظَّـٰلِمُونَۚ إِنَّمَا یُؤَخِّرُهُمۡ لِیَوۡمࣲ تَشۡخَصُ فِیهِ ٱلۡأَبۡصَـٰرُ ﴿ ٤٢ ﴾ 

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). 

Allah tidaklah leka dengan apa yang berlaku di dunia, Allah mengetahui apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim terhadap golongan yang lemah. Sesetengahnya Allah memberikan balasan di dunia seperti Firaun, Hamman, Kaum Lut, Kaum Nuh dan segala jenis orang-orang zalim yang telah dibinasakan sebelum berjumpa dengan tuhan lagi. Namun ada sesetengahnya atas hikmah dan ilmunya yang luas, Allah memberikan penangguhan terhadap balasannya di dunia dan dibalas di akhirat kelak. 

Inilah keadilan tuhan. Tiada siapa yang wujud di muka bumi ini yang membuat amalan melainkan dia akan mendapat balasan terhadap amalan tersebut sama ada baik atau buruk. Ini ialah satu tema yang seringkali diingatkan dan diulang-ulang di dalam Al-Quran supaya orang beriman sentiasa tenang dan bersabar dengan apa sahaja yang berlaku kepada mereka di muka bumi ini.

Malah Allah dengan sifat adilnya, tidak menjadikan segala keperitan dan segala kesengsaraan seseorang hamba itu sia-sia. Malah segala jenis ujian ini dijadikan asbab untuk seseorang hamba itu diampunkan segala kesalahannya dan diangkat darjatnya.

‎عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” (Sahih Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih


Serta dijadikan juga masanya di dunia secara relatifnya lebih singkat berbanding di akhirat, supaya penderitaan yang dilaluinya adalah hanya sekejap sahaja berbanding dengan nikmat abadi yang bakal diperoleh.

Yang kedua: Soalan yang ditujukan ini secara tidak langsung membuktikan kewujudan tuhan. Jikalau tuhan itu tiada, dimanakah dan siapakah yang akan menuntut bela dan menghukum segala jenis kejahatan dan kemungkaran yang berlaku di atas muka bumi ini? siapakah yang akan memberikan ganjaran pahala terhadap orang yang membuat kebaikkan dan tidak dipuji? siapakah yang akan menghukum perompak harta rakyat yang mati dalam kesenangan dunia? manusia sudah tentu tidak dapat menegakkan keadilan mutlak di dunia ini atas kekurangan dan kelemahan manusia itu sendiri. Namun manusia harus beringat dab bersyukur bahawa kehidupan ini diperintah oleh Allah yang maha adil yang menciptakan keadilan itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Introduction:-blog ni pasal apa sebenarya?

  okay..ni mungkin pelik skit..tapi yess!! Aku finally dah ada blog sendiri ..korang mungkin  akan terfikir  "Bro..da heck? Sapa je yang buat blog skarang??" "Bapak acah dowh buat blog!! Kah kah kah" And so on and so forth..but nah..manusia en..buatla apa apa pon mesti ada je bende tak puas hati..so aku decide untuk buat apa yang aku suka.. menulis!!! Yeah..aku dah lama tak menulis sebenrnya..last time waktu spm time karangan bm dan bi..(perform gak la bi aku sampai boleh dapat A+ kah kah kah) (tak study sangat pon tapi bi A+..adakah ini istidraj??)                                  Tapi aku tulis entry ni bukan nak cerita pasal aku dapat bi A+(astagfirullah ..riyak sungguh ini anak..) tapi nak tulis tujuan aku buat blog ni dan apa intipati yang mungkin korang akan dapat dari blog ni ok..first of all..knape aku tulis blog ni?? Sebab 1:-kebosanan melampau Yup.....

Hakikat Cinta

   "Apa itu cinta?" ini adalah antara salah satu persoalan yang sering aku tercari-cari maknanya dan hakikatnya. Bagi aku cinta ini adalah salah satu misteri dan perkara yang menakjubkan dalam hidup ini. Cuba fikirkan,seorang yang kaya dan diberi nikmat yang banyak oleh Allah S.W.T yang nikmat itu sering dicemburui manusia mungkin akan merasakan kehidupan ini kosong dan tiada nilai hanya kerana perempuan yang dicintainya tidak bersama dengan dia dan bersama dengan orang lain.Teringat aku tentang kisah Tenggelamnya kapal van der wjick dimana pada peringkat akhir penceritaan Buya Hamka ketika mana watak utama, iatu Zainuddin telah berjaya mencapai puncak kejayaannya. Beliau telah menjadi seorang karyawan yang ulung dan terkenal yang disanjung oleh pelbagai pihak dan diberikan kenikmatan yang jikalau kita membacanya pasti kita merasakan bahawa ia mungkin dapat menebus semula segala kekecewaannya sebelum ini, di mana beliau menjadi orang buangan dan dipandang rendah oleh orang la...

Book Review: Secangkir Teh pengubat letih

This book is written by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, The alumni of Mu'tah University which is the same university that im currently pursuing my studies on. Ustaz Hasrizal in my opinion is one of the if not, the most interesting figure in Islamic Da'wah arena in Malaysia. His philosophy and the way of thinking slightly separates him from the rest of PAS followers. Unlike his counterpart, he tends to view the issue the without any bias and tends to give a fair opinion of the issue through the Islamic perspective. Maybe one of the thing that really influenced him to this path of philosophy is his broad experience in interacting with people with different backgrounds and characters. But one of the most interesting part of his character is my inability to categorize him into any da'wah movement in Malaysia, is he a Salafist? Kaum Muda? Ikram? Pas? to be honest, I still cannot decide.  This book is a collection of experience throughout his stay in Turkey during 1990s. It is a ver...