Skip to main content

Makna Kehidupan

Kadang-Kadang selalu aku termenung jauh ke hadapan tentang maksud sebenar kehidupan. Kehidupan ini bagi aku adalah satu benda yang ajaib, satu anugerah yang dikurniakan kepada setiap hamba oleh Tuhan yang maha esa untuk buat segala perkara yang diinginkannya di dunia ini semahu-mahunya sebelum kembali bertemu dengan penciptanya.

Bagi aku dalam kehidupan ini kita terbahagi kepada dua golongan 

1-golongan yang mengikut kehidupan.

2-golongan yang hidup dalam kehidupan.

apa maksudnya tu?? baik, aku akan explain 

Dalam kehidupan kita ni kita akan sentiasa ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui. Kita bermula sebagai seorang bayi yang lemah, sentiasa memerlukan perlindungan daripada ibu bapa kita. Kemudian kita menjadi pemuda dan pemudi yang gagah dan bersemangat dan penuh dengan cita-cita. Peringkat seterusnya  kita akan menjadi seorang yang dewasa yang matang dalam segala tindak-tanduk kita. Mungkin tak sesemangat dan segagah seorang pemuda, namun kita akan menjadi lebih bijaksana dalam mengatur strategi dan langkah. Dan akhir sekali kita akan menjadi seorang yang tua, Iatu seorang insan yang lemah yang hanya menunggu jemputan illahi.

Inilah secara umumnya peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh kebanyakkan umat manusia. Tak dinafikan bahawa ada sesetengah yang perjalanannya tidak seperti ini.

Ada pemuda yang tidak akan dapat merasai lemahnya seorang tua.

Dan ada bayi dan tidak sempat pon hendak menuturkan kata-kata 

semuanya bergantung kepada bila "finish line kita"

Namun macam aku kata tadi,inilah gambaran secara umum. Baik, apa yang aku maksudkan dengan golongan yang mengikut kehidupan?

Bagi aku golongan yang mengikut kehidupan ini ialah golongan yang tiada wawasan ataupun visi dalam kehidupan mereka, mereka ini tidak lain tidak bukan hanya bagaikan daun yang ditiup angin. Kemana sahaja ditiup kesitulah mereka akan pergi, keatas? keataslah,.kebawah? kebawahlah. Apabila ditanya tentang cita-cita mereka mereka akan menjawab tidak tahu, namun mereka akan berusaha untuk berjaya dalam kehidupan ini. 

Apabila hampir kepada waktu peperiksaan besar, mereka akan mengulang kaji bagai nak rak untuk memastikan bahawa result exam mereka cantik-cantik. Insyaallah, bagi mencapai hasrat membanggakan ibu-bapa dan menjamin masa depan yang cerah. Mungkin bila mereka mendapat result yang cantik mereka akan mendapat lebih banyak pilihan biasiswa, lebih banyak pilihan kerjaya, lebih banyak pilihan, sudah tentu masa depan lagi cerah bukan??

itulah logik yang diterapkan kepada kita sejak dari kecil, setiap kali peperiksaan mahupun ujian, kita kene jadi yang terbaik, bagi memastikan hidup lebih mudah pada akhirnya.

Namun aku selalu termenung..

"Aku nak apa dari dunia ni sebenarnya"





aku selalu terbayang, bila aku dapat skor exam, aku dapat universiti yang bagus dengan bidang yang aku sering cita-citakan. Kemudian bila aku masuk ke alam kerjaya aku akan memikir soal kewangan. Bila nak kahwin?? anak nak makan apa?? kereta bila nak bayar sewa?? dan lain-lain.Cita-cita ketika itu mungkin sudah tiada lagi, segalanya berfokuskan kepada keluarga. Apa yang penting ialah masa depan anak dan isteri. Fikir soal survival keluarga untuk mengharungi bahtera yang cukup luas ini. Kemudian apabila anak sudah besar, sudah kahwin, kita akan tinggal bersendirian dan menjalani usia tua, mungkin ketika itu bolehlah kita menfokuskan diri dengan perkara-perkara yang tidak dapat dibuat ketika usia muda lantaran terlalu sibuk dan akhir sekali kita akan mati, Ya semua dari kita akan mati.Apa yang tinggal hanyalah memori bersama kita yang disemadikan kepada anak-anak yang jikalau kita bertuah, akan diturunkan kepada anak cucu.

ITULAH DIA, PENGAKHIRANNYA.

aku ketika belajar sejarah, aku selalu renung gambar-gambar manusia di dalam buku teks. Kadang-kadang aku banyak bertanya kepada diri sendiri

"siapa dia?"

"apa kisah dia?"

"apa jasa dia kepada dunia?"

Dia seolah-olah lelaki yang tidak wujud dalam dunia ini. Kerana tiada kisah yang dapat diabdikan mengenainya.

apabila meninggalnya semua orang yang mengenali kita, maka tamatlah kisah kita kat dunia ini.

Aku termenung, adakah ini kehidupan yang aku inginkan?

kehidupan yang langsung tiada apa-apa

hidupnya aku, matinya aku, tiada siapa yang kisah 100 tahun lagi

hidupnya aku, matinya aku, tiada apa yang berubah 100 tahun lagi

Islam masih terus begini.

Negara masih terus begini.

Bangsa masih terus begini.

itukah apa yang aku inginkan?

itulah soalan yang sering aku tanya kepada diri sendiri.

Namun aku tertarik dengan kata-kata daripada Hashirama. Sebuah karakter dalam cerita kartun Naruto, ketika mana dia dan sahabatnya Madara ingin mewujudkan keamanan dalam dunia tetapi tidak mampu mereka capai dalam usia mereka.

Sebelum Madara meninggal Hashirama berbual dengannya


Madara: Is that you Hashirama? I guess neither you, nor I could achieve what we wanted.

Hashirama: It’s never that easy. Our job is to all we can while we’re alive and then bequeath the rest for future generations to accomplish.

Madara: So naive.. as usual. you.. were always.. the optimist. But perhaps.. that is the correct path. My dream.. was squashed. But your dream.. still lives on.

Hashirama: We were both too hasty. we didn’t need to fulfill our reams ourselves. it was more important to cultivate those who would come after us, to whom we could entrust our dreams.





Bila aku tenung kata-kata dua watak anime ni barulah aku mendapat nafas baharu tentang makna kehidupan.

Kehidupan ini ialah apabila kau memperjuangkan segala harta benda, segala kudrat dan detik untuk menaikkan kembali Amanah kita iatu menaikkan kembali agama Islam ini.

Kita sebagai manusia yang lemah, dicipta dalam keadaan lemah dan kembali bertemu dengan tuhan dalam keadaan lemah, tidak mungkin akan dapat menaikkan Islam semula secara sendiri.

Abu Bakar tidak sempat melihat Baitulmaqdis dibuka oleh tentera islam walaupun beliau yang memulakan kempen penaklukan di bumi syam.

Hassan al banna tidak sempat melihat kejayaan Morsi memenangi pilihan raya walaupun beliau yang menubuhkan Ikhwanul Muslimin

Adnan Manderes tidak sempat melihat negara turki dibebaskan daripada fahaman sekular walaupun beliau yang memulakan kempen islamisasi turki.

Kesemua insan tersebut tidak dapat melihat cita-cita mereka direalisasikan kerana masa yang suntuk di dunia.

Namun terdapat persamaan antara kesemua tokoh-tokoh tersebut.Ya, kesemua tokoh tersebut berjaya menginspirasikan generasi seterusnya dalam memikul amanah cita-cita dan niat murni mereka.

Kegigihan dan tungkus lumus mereka telah berjaya membuka mata anak muda yang terus membawa "will" mereka.

Itulah kehidupan, ia adalah satu obor perjuagan yang diberikan daripada satu generasi ke satu generasi. Tidak semestinya  kita diberi untuk melihat obor tersebut menyinari segala pelusuk dunia ini. Namun tanggungjawab kita ialah untuk mencurahkan segala tenaga dan kudrat kita serta masa kita di dunia, untuk memastikan obor itu terus menyala dengan marak dan memberikannya kepada generasi seterusnya apabila masa kita tamat.

kita sering kali berucap di dalam solat kita

إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam


Tiadalah makna kehidupan yang lebih indah daripada ini. Kehidupan yang dipilih oleh para pejuang islam sebelum ini, yang bukan sahaja melafazkan perkataan tersebut ketika waktu solat, malah turut mengamalkannya pada segenap detik kehidupan mereka


Maka bagi aku, Inilah makna kehidupan.


At least, inilah makna kehidupan yang aku ingin pilih

Comments

Popular posts from this blog

Warkah Elektronik buat Saudara Fitri Naim

Assalammualaikum  warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara Naim yang dikasihi, Saudaraku Naim, Apa khabar anda di bumi Jordan sana? Semoga saudara sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah, saya di Malaysia ini sihat-sihat sahaja. Meskipun telah berlalu pada saya satu keadaan yang getir yang menggoncangkan ketenangan jiwa ini, namun Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana  telah mengeluarkan saya daripada penderitaan tersebut.  Sahabatku Naim yang dikasihi,  Tujuan saya menulis warkah elektronik ini adalah untuk memaklumkan kepada saudara tentang keputusan yang saya telah pilih berhubung dengan perpindahan saya ke bumi UIA. Seperti yang saudara telah maklum, saya telah diberikan pilihan oleh ibu bapa saya untuk menukar pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas bumi Jordan dilanda wabak Covid 19 yang telah menyebabkan lapangan terbang tidak dibuka-buka. Sudah tentu perkara tersebut sangat merungsingkan saya kerana say...

Book review: Sila baca jangan tidur

هذا   الكتاب   المبارك   ألّفه   شيخ   دكتور   كميلين   جميلين،   من   أحد   المحدث   في   مالزيا   وعضو   في   هيئة   الفتاوى   بولاية   برليس   وإقليم   إتحادية .  وهو العالم   المتقن   في   علم   الجرح   والتعديل،   فموضوع   رسالة   المجستير   ودكتورته   يدوران   على   هذا   الفن .  وقد   اشتهر   بين   الناس   على   قوة   حفظه،   فهو يحفظ   القرآن   الكريم   ومجموعة   من   متون   العلم   وأحاديث   النبوى   ومنها   رياض   الصالحين   لإمام   النووي   والمحرر   لابن   تيمية  . كان   بدأ   رحلة   علميته بدراسة   بكلوريوس   في   جامعة   الإسلامية   بمدينة   المنورة   في   كلية   الحديث   وقد   تخرّج   منها   بنتيجة ...

Hakikat Cinta

   "Apa itu cinta?" ini adalah antara salah satu persoalan yang sering aku tercari-cari maknanya dan hakikatnya. Bagi aku cinta ini adalah salah satu misteri dan perkara yang menakjubkan dalam hidup ini. Cuba fikirkan,seorang yang kaya dan diberi nikmat yang banyak oleh Allah S.W.T yang nikmat itu sering dicemburui manusia mungkin akan merasakan kehidupan ini kosong dan tiada nilai hanya kerana perempuan yang dicintainya tidak bersama dengan dia dan bersama dengan orang lain.Teringat aku tentang kisah Tenggelamnya kapal van der wjick dimana pada peringkat akhir penceritaan Buya Hamka ketika mana watak utama, iatu Zainuddin telah berjaya mencapai puncak kejayaannya. Beliau telah menjadi seorang karyawan yang ulung dan terkenal yang disanjung oleh pelbagai pihak dan diberikan kenikmatan yang jikalau kita membacanya pasti kita merasakan bahawa ia mungkin dapat menebus semula segala kekecewaannya sebelum ini, di mana beliau menjadi orang buangan dan dipandang rendah oleh orang la...