Skip to main content

Hakikat Cinta

   "Apa itu cinta?" ini adalah antara salah satu persoalan yang sering aku tercari-cari maknanya dan hakikatnya. Bagi aku cinta ini adalah salah satu misteri dan perkara yang menakjubkan dalam hidup ini. Cuba fikirkan,seorang yang kaya dan diberi nikmat yang banyak oleh Allah S.W.T yang nikmat itu sering dicemburui manusia mungkin akan merasakan kehidupan ini kosong dan tiada nilai hanya kerana perempuan yang dicintainya tidak bersama dengan dia dan bersama dengan orang lain.Teringat aku tentang kisah Tenggelamnya kapal van der wjick dimana pada peringkat akhir penceritaan Buya Hamka ketika mana watak utama, iatu Zainuddin telah berjaya mencapai puncak kejayaannya. Beliau telah menjadi seorang karyawan yang ulung dan terkenal yang disanjung oleh pelbagai pihak dan diberikan kenikmatan yang jikalau kita membacanya pasti kita merasakan bahawa ia mungkin dapat menebus semula segala kekecewaannya sebelum ini, di mana beliau menjadi orang buangan dan dipandang rendah oleh orang lain. Namun adakah Zainuddin bahagia? tidak, Zainuddin masih lagi berada dalam lembah kekecewaan mengenangkan Hayati yang menjadi cintanya telah menjadi kepunyaan  orang lain. 

   Satu lagi kisah yang mungkin boleh diselitkan ialah kisah percintaan antara Robert Baratheon dan Lyanna Stark dalam buku A Song of Ice and Fire karya George R.R Martin. Dalam kisah tersebut, Robert Baratheon sanggup mengistiharkan perang terhadap Dinasti Targaryern yang telah merampas Cintanya iatu Lyanna Stark sehingga menyebabkan Dinasti Targaryern yang memerintah Seven Kingdoms selama beberapa ratus tahun hancur dan Robert Baratheon ditabalkan menjadi raja. Namun adakah Robert Baratheon puas dengan segala kekuasaan yang dicapainya? tidak, malah dalam salah satu ucapannya di dalam novel tersebut, beliau berkata "Someone took her away from me, and seven kingdoms couldn't fill the hole that she left behind."



2 kisah ini menjadikan aku berasa ta'jub. Adakah logik pada akal manusia, dua orang yang telah mencapai kejayaan dan impian akan merasakan bahawa kesemua itu tiada makna hanya kerana tidak berjaya mendapatkan orang yang dia cintai?

 Namun bila fikir kembali, cinta tidak boleh dinilai melalui akal manusia kerana ia adalah satu perkara yang menjangkau rasional dan logik. Lihat sahaja mereka yang dilamun cinta, betapa orang ramai merasakan personaliti orang bercinta itu berubah, jikalau dahulunya dia seorang yang gagah perkasa tiada yang keluar dari mulutnya melainkan perkataan yang tegas dan menunjukkan kekuasaan namun apabila bertemu dengan kekasih hatinya perkataan yang kasar tadi bertukar menjadi susunan ayat yang lembut dan puitis. Lihat sahaja orang yang putus cinta, betapa ramai antara mereka yang membunuh diri lantaran tercampak ke dalam lembah kekecewaan seolah-olah berbillion-billon manusia dalam dunia ini tidak mampu untuk menggantikan kekasih hati mereka. Benarlah bahawa cinta ini merupakan sesuatu perkara yang ajaib.

Realiti Cinta 

   Kadang-kadang bila aku tenung kembali aku terfikir bagaimana kita hendak tahu bahawa wanita yang kita suka dan cintai itu merupakan cinta kita yang sebenar, aku pernah jatuh cinta pada seorang gadis di mana aku merasakan bahawa perasaan yang aku rasai ketika itu benar-benar satu realiti namun atas sebab-sebab tertentu aku tak meneruskan langkah seterusnya dalam hubungan tersebut. Lalu untuk mengubat hati aku, aku catatkan kesemua nama yang aku rasa aku pernah mempunyai persaan terhadapnya lalu tersenarailah lebih daripada 5 nama perempuan yang aku pernah cintai. Aku termenung sebentar, ketika dahulu aku pernah mempunyai perasaan terhadap perempuan-perempuan ini, namun kenapa sekarang perasaan tersebut hilang? seolah-olah orang yang sedang bersedih dan mengalami kesakitan di dalam mimpi. Mungkin sebelum dia terjaga dia merasakan bahawa kesakitan dan kesedihan itu sesuatu yang hak sebelum dia terjaga, namun apabila dia sudah membuka mata daripada tidur yang lena segala-galanya hilang. Mungkin terpahat di dalam memori, namun perasaan sakit itu tidak ada. Lalu aku tulis di dalam buku catatatan aku di bawah nama gadis-gadis tersebut:

"No matter how pretty you are..no matter how much i love and care for you. In the end, you are just another name, an illusion and dream that will soon faded"

Entahla atau mungkin aku sahaja yang tidak pernah merasakan cinta yang sebenar.

cinta tanda kelemahan manusia

  Aku tenung kembali rasional di sebalik penciptaan cinta terhadap manusia, benarlah cinta ini merupakan suatu kelemahan yang Allah turunkan kepada manusia. Cinta ini merupakan peringatan Allah kepada manusia bahawa sekuat mana kita dalam mengharungi cabaran dunia ini, kita masih lagi memerlukan orang lain. kita memerlukan kekasih untik meluahkan segala suka dan duka, berkongsi kebahagiaan dan menempuh perjalanan dunia ini sebagai seorang pengembara. Kerana itu Allah tidak mempunyai isteri, kerana Allah merupakan tuhan yang maha berkuasa. Allah tidak perlukan kekasih yang akan menemaninya dan memberikan kata-kata semangat ketika mana dihurung kekecewaan kerana Allah itulah tuhan yang menciptakan kekecewaan itu sendiri!! Allah tidak perlukan isteri yang akan memberikannya anak yang akan meneruskan survival spesis kerana Allah tidak akan mati malah dialah yang menghidupkan dan mematikan. Alangkah ajaibnya kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Allah mempunyai isteri dan anak, Allah tidak memerlukan kesemua itu kerana itu adalah tanda kelemahan manusia yang terlalu kecil untuk hidup sendiri, apatah lagi mencabar kekuasaan tuhan.

Aku teringat perbualan aku dengan Ustaz Mohammad ketika berada di Souk qadim, Rabat.

هل عندك الحب؟

لا

لماذا؟ نحن نحتاج إلي الحب

نعم،حب الله ورسوله

Sekarang baru aku tau betapa susahnya nak tunaikan kata-kata aku tu.




Cinta itu jikalau tidak dikawal akan bisa membutakan mata hati dan akal, Maka Ya Allah: kau peliharalah kami daripada cinta yang palsu.

Comments

Popular posts from this blog

kembara ke Morocco

Hi...so macam yang aku janjikan ..aku akan tulis semua benda yang berlaku dalam hidup aku..nak senang citer pengembaraan aku laa..so aku decide untuk start dengan benda simple dulu ..trip ke morocco OK ...BACKGROUND STORY TIMEEE Sebenarnya trip aku ke morocco ni bukanlah benda yang aku rancang dari dulu macam plan2 aku yang lain..maksudnya bukan dalam rancangan jangka panjang aku untuk skor kat jordan..benda ni just berlaku secara..hmm..camne nak cakap ek..KEBETULAN?? (is dat a right word?) (yela oogway..yelaaaa) tapi serius tho..Allah sebaik-baik perancang ..trip aku kat morocco ni terbukti memberi aku 1001 faedah dan ibrah yang mungkin aku takkan dapat kat tempat lain.. baik...kisah aku terjebak dengan trip ke morocco ni macam ni.. satu hari kat KISAS..time tu baru je lepas prep dan aku macam biasa pergilah dewan makan untuk minum malam (macam biasa aku ni lebih kurang 2 bulan sekali je kat KISAS sebab aku prefer duduk dalam bilik study baca surat khabar dan lepak situ...

Introduction:-blog ni pasal apa sebenarya?

  okay..ni mungkin pelik skit..tapi yess!! Aku finally dah ada blog sendiri ..korang mungkin  akan terfikir  "Bro..da heck? Sapa je yang buat blog skarang??" "Bapak acah dowh buat blog!! Kah kah kah" And so on and so forth..but nah..manusia en..buatla apa apa pon mesti ada je bende tak puas hati..so aku decide untuk buat apa yang aku suka.. menulis!!! Yeah..aku dah lama tak menulis sebenrnya..last time waktu spm time karangan bm dan bi..(perform gak la bi aku sampai boleh dapat A+ kah kah kah) (tak study sangat pon tapi bi A+..adakah ini istidraj??)                                  Tapi aku tulis entry ni bukan nak cerita pasal aku dapat bi A+(astagfirullah ..riyak sungguh ini anak..) tapi nak tulis tujuan aku buat blog ni dan apa intipati yang mungkin korang akan dapat dari blog ni ok..first of all..knape aku tulis blog ni?? Sebab 1:-kebosanan melampau Yup.....