Skip to main content

Introduction:-blog ni pasal apa sebenarya?

 okay..ni mungkin pelik skit..tapi yess!! Aku finally dah ada blog sendiri ..korang mungkin  akan terfikir 

"Bro..da heck? Sapa je yang buat blog skarang??"

"Bapak acah dowh buat blog!! Kah kah kah"

And so on and so forth..but nah..manusia en..buatla apa apa pon mesti ada je bende tak puas hati..so aku decide untuk buat apa yang aku suka..menulis!!! Yeah..aku dah lama tak menulis sebenrnya..last time waktu spm time karangan bm dan bi..(perform gak la bi aku sampai boleh dapat A+ kah kah kah)
(tak study sangat pon tapi bi A+..adakah ini istidraj??)
                               

Tapi aku tulis entry ni bukan nak cerita pasal aku dapat bi A+(astagfirullah ..riyak sungguh ini anak..) tapi nak tulis tujuan aku buat blog ni dan apa intipati yang mungkin korang akan dapat dari blog ni ok..first of all..knape aku tulis blog ni??

Sebab 1:-kebosanan melampau

Yup..time ni aku tengah menghabiskan sisa sisa waktu aku menjalani proses "mereput" kebanyakkan budak lepasan spm..member aku ramai yang habiskan masa dengan bekerja.main game .tengok movie and so on..aku plak?? Well..1st,mak ayah aku tak kasi kerja..ahhahaha..second ..aku tak suka main game..third..aku malas nak layan movie (ye..ada orang punya malas sampai tak nak tengok movie..padahal kau just duduk situ..tengok la skrin tu sampai mereput..0% energy used..but no.aku still malas nak layan..)

So apa je aku buat time spm..?? Well..aku belajar bahasa arab..

"Whaatttt kau belajar bahasa arabb???!?!?? Rajinnya kauuu bagusnyaa!!!"

Takyah nak kagum sangatla....aku belajar bahasa arab ni mostly untuk survival..sebab aku nak mohon jordan.n target nak skor mumtaz kat sana.and aku fikir mostly aku punya cabaran akan start dengan bahasa arab..logikla..lecturer cakap dalam bahasa arab..kalau kau tak faham ..camne nak skor..?

(dah boleh bayangkan muke lecturer bila kena tanya)
                              

So aku pon mulakan projek belajar bahasa arab aku (mungkin aku boleh buat entry pasal tu..) tapi kalau setiap masa hadap perkataan bahasa arab..bosan jugak la kannn..so aku pon memutuskan bahawa ni salah satu cara aku untuk hilangkan rasa bosan dah tepu belajar bahasa arab  


Sebab 2:- sesi meluahkan perasaan dan opinions

Well.akhir-akhir ni aku banyak berfikir dan buat sesi muhasabah serta tadabbur alam ni..(perghh ayat macam tok guru duduk bertapa kat gunung jerai)..so aku fikir..instead of tinggalkan semua idea dan pemikiran aku macam tu je..apa kata kita rekod dalam blog ni..bukan ada sapa baca pon (hahahahh naifnya aku niii..) and plus..mungkin ada sesetengah benda yang aku tulis ni akan buka minda korang dan membantu korang melihat dunia ini dalam perspektif yang berbeza?? Haaa mana tau en..

(jangan tengok dunia dalam perspektif camni please..terpesong kang korang..)
  

Sebab 3:- merekodkan pengembaraan aku

Ya..kalau korang nak tau ..hidup ini adalah satu pengembaraan...semua orang dalam dunia ni sedang mengembara ..jikalau tidak untuk mengejar cita-cita ..mungkin mengejar bahagia..mungkin mengejar cinta ..mungkin mengejar harta ..tapi hakikatnya itulah..kita semua pengembara yang naif..macam pengembara,kita tak duduk kat satu-satu tempat selamanya..kita berpindah randah..semua kat sini berasal dari nutfah..kemudian alaqah kemudian mudghah and so long and so forth..kemudian berpindah dari alam rahim ke alam dunia untuk merantau ke alam dunia ciptaan Allah ini ..mencari rezeki dan redhanya..sebahagian manusia terpedaya dengan menganggap dunia ini sebagai destinasi terakhir lalu mengejar harta dunia ini sedangkan dia tahu yang perjalanannya belum tamat lagi..masih lagi ada destinasi terakhir untuk dituju.iatu alam ukhrawi..tempat tinggal kita selamanya

Terpulanglah sama ada kita mendapat tempat yang bahagia dan penuh nikmat(syurga.) atau tempat yang penuh kecelakaan dan seksaan (neraka).semuanya pergantung kepada apa yang kita kutip sepanjang pengembaraan kita di dunia ni.,

Dah2 cukup dengan renungan pendek aku..

Actually aku nak rekodkan semua pengembaraan aku sepanjang zaman muda aku ni..aku rasa tak cukup nak bersaksikan mata dan disimpan dalam memori je .semua benda dan ibrah yang aku tunjuk ni..tapi aku mesti tulis...mesti rekod..supaya aku takkan terlupa segala nikmat dan pahit yang aku lalui ni ..plus mungkin aku boleh tunjuk kat anak aku nanti..haaa haaa mana tau enn

So itulah..antara tujuan aku tulis blog ni..so aku nak bahagikan kepada beberapa slot

Antara slotnya ialah

1-catatan pengembara

Mungkin aku akan catat sebanyak mungkin apa yang berlaku kat hidup aku dan apa yang aku rasa cukup bermanfaat untuk aku share (takdela sampai aku cita semua benda yang happen kat aku..bosan kott ni bukan twitter)

2-tadabbur random

Ni mungkin aku akan cerita certain benda yang aku tetibe terfikir dan tadabbur ..mungkin jugak opinion aku dalam certain matter..(just nak warning..opinion aku kekal opinion..tak pakse pon korang nak setuju ke tak.)
(nanti bila pandangan aku pelik je..mula la pandang aku camni..haih)
       

3-random stuff

Entahla..yang ni ikot mood aku la nak buat+cerita apa ..mungkin review movie..game atau kasi tips..ajar buat apa2 ke ..entahla ..ikut aku la nak wat apa



Ha..so tu je la rumusan terhadap blog aku..sekiannn

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Falsafah disebalik One piece

One piece by Enchiro Oda merupakan by far the best anime yang aku tengok...selain daripada plot dia yang best gila..character yang deep ..dan of course aksi2 yang cool gila nak matey..antara benda yang aku paling suka pasal one piece ni ialah Falsafah yang cuba disampaikan kat dalam Manga itu sendiri.. okeyh..so sebelum nak cerita pasal tema dan falsafah dekat one piece ni..aku kene cerita dulu pasal background World One piece ni..supaya korang faham apa yang aku cuba sampaikan.. Secara ringkasnya Latar belakang Dunia One piece ni adalah sekitar zamab Great Pirate Age.iatu zaman di mana bilangan pirates semakin melonjak dan bertambah dengan mendadak selepas pembunuhan Pirate King Gol D.Roger..bertambahnya bilangan Pirates ni adalah disebabkan tindakkan Pirate King yang menggalakkan orang ramai untuk mencari harta karunnya iatu One Piece dalam ucapannya yang terakhir sebelum dibunuh oleh World Government..Oleh itu..dalam manga ni..kita Follow watak utama kita iatu Monkey D.Luffy,iatu se...

Warkah Elektronik buat Saudara Fitri Naim

Assalammualaikum  warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara Naim yang dikasihi, Saudaraku Naim, Apa khabar anda di bumi Jordan sana? Semoga saudara sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah, saya di Malaysia ini sihat-sihat sahaja. Meskipun telah berlalu pada saya satu keadaan yang getir yang menggoncangkan ketenangan jiwa ini, namun Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana  telah mengeluarkan saya daripada penderitaan tersebut.  Sahabatku Naim yang dikasihi,  Tujuan saya menulis warkah elektronik ini adalah untuk memaklumkan kepada saudara tentang keputusan yang saya telah pilih berhubung dengan perpindahan saya ke bumi UIA. Seperti yang saudara telah maklum, saya telah diberikan pilihan oleh ibu bapa saya untuk menukar pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas bumi Jordan dilanda wabak Covid 19 yang telah menyebabkan lapangan terbang tidak dibuka-buka. Sudah tentu perkara tersebut sangat merungsingkan saya kerana say...

Hidup dan perjuangan.

Kehidupan adalah satu perjuangan, ia seolah-olah satu treadmill yang memaksa semua orang yang melaluinya untuk terus melangkah kehadapan. Golongan yang paling berjaya ialah mereka yang berusaha untuk bergerak dengan pantas dan cekap manakala mereka yang refuse untuk bergerak ke hadapan akan gagal dan tenggelam dalam kehidupan. Penagih dadah, penganggur yang mengharapkan bantuan kerajaan (walaupun sihat walafiat) dan penagih telefon bimbit yang menghabiskan waktu sepanjang hari leka dengan dunianya, kesemua mereka diberi pilihan (1) Fight the world (2) Tenggelam dalam kenikmatan yang memeritkan. Hidup adalah perjuangan, siapa yang tidak mahu berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan maka dia akan masuk ke dalam neraka dunia sebelum masuk ke neraka akhirat.