Skip to main content

kembara ke Morocco

Hi...so macam yang aku janjikan ..aku akan tulis semua benda yang berlaku dalam hidup aku..nak senang citer pengembaraan aku laa..so aku decide untuk start dengan benda simple dulu ..trip ke morocco

OK ...BACKGROUND STORY TIMEEE

Sebenarnya trip aku ke morocco ni bukanlah benda yang aku rancang dari dulu macam plan2 aku yang lain..maksudnya bukan dalam rancangan jangka panjang aku untuk skor kat jordan..benda ni just berlaku secara..hmm..camne nak cakap ek..KEBETULAN?? (is dat a right word?)

(yela oogway..yelaaaa)

tapi serius tho..Allah sebaik-baik perancang ..trip aku kat morocco ni terbukti memberi aku 1001 faedah dan ibrah yang mungkin aku takkan dapat kat tempat lain..

baik...kisah aku terjebak dengan trip ke morocco ni macam ni..

satu hari kat KISAS..time tu baru je lepas prep dan aku macam biasa pergilah dewan makan untuk minum malam (macam biasa aku ni lebih kurang 2 bulan sekali je kat KISAS sebab aku prefer duduk dalam bilik study baca surat khabar dan lepak situ..tapi sekali sekala aku pergila jugak sebab nak bersosial dengan rakan-rakah batch Fathul Abqari)..aku pon ambikla spot biasa form 5..meja hujung sekali..kitaorang pon start borak2..tiba-tiba ada sorang mention.

"weyh perform dowh Chimpeng nak pergi belajar bahasa arab 2 bulan kat jordan"

aku pon macam tertarik sekejap..hmmmm..JORDAN..BELAJAR BAHASA ARAB..2BULAN hahahha 3 kata kunci ni buatkan aku tertarik untuk tanya lebih lanjut..dari situ aku start alihkan tajuk kitaorang ke arah benda tu ..dan aku dapat tau yang Chimpeng ni akan join program bahasa arab 2 bulan kat jordan time lepas SPM..

aku macam interested jugak la..1st of all sebab aku dah pernah dengar program ni..ayah aku pernah offer dulu ..tapi aku macam malas pergi sebab takde member yang boleh ajak pergi sekali..aku dahla ada social anxiety ..mmg tak la nak pergi sorang..tapi bila dah ada chimpeng ni bolehla dipertimbangkan balik offer ayah aku tu..satu lagi sebab ada banyak tactical advantage bila aku pergi join program ni

1-aku boleh scout keadaan kat jordan ..tengok keadaan sekeliling dia macam mana kat sana.so aku    
   boleh plan few steps ahead bila dah betul2 sambung belajar kat sana...takdela sampai sana terus        
   terkapai-kapai mencari cahaya... at least aku dah tau apa aku perlu buat

2-belajar dan kuasai bahasa arab..yup macam aku dah explain sebelum ni..memang crucial untuk aku
   kuasai bahasa arab sebelum aku pergi berjuang di jordan..tapi problem dia SATU je..bahasa arab
   selama ni aku belajar kat malaysia bahasa arab fushah..apa yang aku risaukan ialah ..kalau kalau kat
   sana diorang belajar dalam ammi..mau naye aku (ok ..bagi yang mungkin tak faham..fushah ni
   bahasa official diorang..nak senang citer bahasa baku..and ammi ni dialek diorang dan berbeza
   mengikut negara..ada ammi mesir..ammi morocco and so on ..)..so bila aku pergi jordan untuk 2
   bulan ni mungkin cukup kot untuk aku kuasai ammi diorang..insyallah

3-buktikan kat Mak Ayah aku yang aku boleh survive..benda ni mungkin nampak macam lawak
   sikit..tapi mak ayah aku tak percaya yang aku boleh survive luar negara..dan selama ni memang
   tekan dan cuba pujuk aku untuk stay belajar kat local je (diorang suruh gi UIA)..so mungkin
   bila aku survive 2 bulan kat jordan ni..insyallah mak ayah aku akan berubah hati..so trip ni
   macam test la lebih kurang.

so berdasarkan kesemua tactical advantage tersebut aku decide untuk pergi jumpa chimpeng dan start cakap pasal benda ni..

selepas beberapa ketika berkejar-kejaran naik blok khalid..omar..serbu satu-satu bilik nak cari chimpeng ..akhirnya aku berjaya jugak jumpa dia..aku pon tanya la pasal program tu...program tu program bawah seliaan ana arabiy..dan diorang memang hantar ke beberapa buah negara yang lain..antaranya ialah Madinah,Mekah,Morocco(jeng2 plot twist dr tuhan kat sinii)..tapi untuk lepasan SPM ..Jordan je sebab yang trip ke morocco bertolak time kitaorang tengah ambik paper SPM

(wuuu selamat tinggal SPM!!! KAH KAH KAH)

so nak senang citer..aku ambik poster program ana arabiy tu..send kat mak ayah aku thru whattssap..dan kemudian call mak ayah aku ..lepas lama berbincang..mak ayah aku setuju ..dan mulalah perjalanan aku ke bumi jordan..

"eh jap...tajuk morocco..tapi apahal kau tulis jordan lak"

"aduuuu clickbait...boikot la camniii"

"aku habiskan masa aku baca sebab nak morocco tau tak?? bukan jordan!!"

sabar para pembaca sekalian..sabar..awal2 tu memang plan dia nak pergi jordan..tapi terpaksa tukar atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ..so trip aku berubah ke morocco..dan habisla satu tactical advantage aku ..huhuu

maka bermulalah perjalanan aku ke bumi Morocco

PERMULAAN PERJALANAN KE BUMI MAGHRIBI

Ok aku mula2 start adventure aku dengan pergi ke klia..time tulah aku reunion balik dengan member KISAS aku dulu..Afif Makarimi a.k.a chimpeng dan meet dengan budak2 lain yang akan pergi sekali dengan kitaorang..

Time first time aku jumpa diorang tuh aku macam...perghhh matang gila diorang ni..sbb appearance diorang series macam bapak orang ahhahahah ..mungkin aku jela kowt yang muka macam budak2


(walaupun paling tinggi tapi muka paling tak matang)


Haaa ni haa gambar time first time jumpa..kumpulan kitaorang ada dalam 6 orang ..5 orang lelaki dan seorang perempuan ..time bersembang-sembang nak berkenalan tu baru tau yang diorang ni sebenarnya dulu sekolah kawan aku..Alhamdulillah..semua sporting2 belaka..yang pakai kopiah tuh namanya ustaz nazmi.,diala yang tolong menguruskan kitaorang sepanjang program ni (cari rumah sewa,pusat pengajian and so on and so forth)..selepas beberapa minit maka terpaksalah kami berpisah bersama ahli keluarga tercinta (cehhh ahahha )

Kitaorang punya perjalanan memakan mas dalam 16 jam (6 jam pergi ke jeddah kemudian transit kat situ selama 2 jam and then 8 jam pergi morocco) pergh tak tipu la memang exhausting..aku pulak kene motion sickness sepanjang perjalanan tuh..MEMANG MENYEkSAKAn 

Tapi smua tu berubah bila kitaorang dah land kat casablanca atau darul baida dalam bahasa arab ..time keluar dari airport tu memang serius rasa nostalgia gila dapat jejakkan kaki balik ke bumi morocco

"Aik..jejakkan kaki balik..kau pernah ke pergi morocco nuar??"

Err..actually pernah je ..tapi time aku form 1 so tak berapa ingat la..plus time tu mostly aku pening2 kepala so tak ingat hahahaha

(nampak macam baru lepas berlaku fenomena pembakaran terbuka je)


Ni time awal2 sampai..nampak tak betapa sejuknya kat morocco..ingatkan jerebu..rpenya kabus

Lepas tu kitaorang meneruskan lagi perjalanan kami ke tempat penginapan dan pengajian..bandar rabat

Setibanya di bandar Rabat perjalanan dalam sejam hingga 30 minit.,kitaorang terus ke pusat pengajian kami..manarah arabiyyah..

(nilah tangga yang menjadi tempat lepak aku ketika bosan)

Korang jangan try imagine bangunan macam universiti ke sekolah ke.,yang ni sebenarnya dia adalah sebuah rumah..yang dalam dia dah transform jadi sebuah instusi bahasa..sebelum kitaorang masuk belajar kitaorang dilayan dulu dengan makanan yang sedap2 (makanan morocco..) diorang ni suka makan roti..tak sah kalau tak makan roti so ada sekali tuh kitaorang jemput ustaz2 arab ni untuk makan kat rumah kitaorang tapi terlupa nak beli roti untuk dia (yelakan kitaoranh ni makan nasi..roti tu pagi ok la)..terus dia refuse nak makan sampaila kitaorang hidangkan roti

(lebih kurang macam ni la reaction dia)
          

Ok..di markaz bahasa itu kitaorang pon berjumpalah dengan para student2 upsi yang kebetulan sedang belajar kt situ..dan kitaorang dapat skali join dalam diorang punya pembentangan yang akan determined markah diorang dalam program ni..kat situ jugak kitaorang dibentangkan sedikit sebanyak pasal keadaan kat morocco ni dengan lebih detail oleh pengurus markaz bahasa Dr mohammad..

Selepas sesi pembentangan dijalankan ..kitaorang bergerak ke rumah kitaorang yang terletak tak jauh dari markaz bahasa (1.8km) yang memakan masa dalam 20-30 minit berjalan kaki..boleh tahan lelah jugak la setiap hari nak gi kelas kena jalan kaki (tapi kadang2 naik je teksi)

Maka dengan itu bermulalah kami punya life kat morocco

KEHIDUPAN DI MOROCCO

Ok aku akan ceritakan sedikit sebanyak pasal kehidupan kitaorang kat morocco..kitaorang kat sini tinggal boleh cakap kat city center jgak la ..sebab dekat dengan bangunan parlimen and stesyen kereta api rabat..dan bangunan kitaorang terletak betul-betul kat depan masjid (so kalau tak pergi jenguk masjid tu mmg teruk sangat la tu..jalan tak sampai 5 minit) tapi yang specialnya dekat morocco ni ialah masjidnya hanya dibuka sekejap sahaja iatu pada waktu solat..so time2 lain tu memang dia kunci la..antara benda lain yang special pasal morocco ni ialah tentang qiraatnya sebab berbeza dengan Malaysia..morocco ni mengamalkan qiraat warsh..dan kita pula mengamalkan qiraat hafs jadi alunan bacaan tu mungkin kalau korang dengar memang pelik sikit la..tapi indah kalau korang amati betul2

(bakal-bakal imam anda di Malaysia)
               

Kitaorang kat sini datang time musim sejuk..so malam start dalam pukul 6 macam tu dah gelap dah..dan haaaa..yang bestnya subuh start pukul 7 macam tu..so kat malaysia dah kira macam subuh gajah..kat morocco aku boleh dapat tak takbiratul ula lagi (time musim sejuk jela..musim lain taktau camne..)

Disebabkan lokasi geografi kitaorang dan terletak di tengah bandar..jadi barang keperluan asas tu memang senang sikit la nak dapat..macam kedai runcit kat sini boleh tahan banyak la ..kedai makan pon banyak jugak tapi mostly kitaorang akan spend time masak (chimpeng jela yang masak sebab dia memang terer bab tu..sedaaapp gilaaa dia masak + pedas) tapi aku kalau mostly malu nak minta dia tolong masak..aku akan pergi je makan kat luar..kat sini makanan dia mmg..err murah..sedap..dan mmg besar dan banyak..aku kalau minta pizza saiz kecik memang akan struggle nak habiskan..dia jadi macam dilema .."nak makan ..dah kenyang..tapi..sedap gila ..err camme ni"


(nampak tak?? Gordon Ramsay pon susah nak buat keputusan)

Bila cakap pasal makanan ni ..aku teringat pulak pasal makanan tradisi orang Morocco iatu Kuskus ..kuskus ni macam mana nak explain ek..dia merupakan makanan orang morocco yang diorang masak setiap kali lepas solat jumaat..kira dalam tradition diorangla untuk makan benda ni beramai2 selepas menunaikan kewajipan solat tersebut ..jadi diorang selalunya akan masak...dalam kuantiti yang banyak..

Oleh itu sudah menjadi trending untuk kitaorang untuk berkumpul sambil makan kuskus beramai-ramai kat markaz bahasa ni selepas solat jumaat...awal2 tu mmg sedap la..tapi lama2 ..Ya Allah...dengan kuantiti yang banyaknnya menjadikan kitaorang struggle gila untuk habiskan..jadi makan tengah hari selepas solat jumaat merupakan medan jihad kitaorang untuk jaga hati tukang masak markaz bahasa tu..

Benda yang lawaknya..bila kitaorang dah balik ke Malaysia..flight pertama yang kitaorang naik..iatu Emirates menawarkan hidangan makan malam..kitaorang yang lapar gila time tuh..tertunggu-tunggulah..apa dia makanan special yang Emirates akan tawarkan...and then, JENG JENG JENG!!  makanan yang dihidangkan tak lain tak bukaannn..
KUSKUS!! ..kitaorang time tuh memang terkejut beruk...ingatkan takyah makan kuskus dah..tau2 sampai ke kapal terbang makanan tu kejar kitaorang..tapi apakan daya..makan jela

(kecewanya kitaorang..tuhan saja yang faham)

Satu lagi makanan yang layak dimention kat dalam ni ialah Tajine..haaa yang ni jadi favourite aku..Tajine ni nak senang cerita merupakan periuk yang menjadi alat masakkan favourite golongan maghribi ..antara masakkan yang diorang masak kat dalam ni ialah ..daging dan ayam..dan dipanggil..errr tajine daging dan tajine ayam..ahhhhaha nama walaupun tak berapa nak kreatif ..tapi jujur aku cakap benda ni merupakan antara makanan paling sedaaapp pernah aku rasa kat dunia ni..

(inilah dia tajine tu )


Sebenarnya ..sebelum aku pergi  dengan ana arabiy nih..aku dah pernah pergi morocco..tapi dengan atok dan pakcik aku..time tuh tour seminggu kat sekeliling morocco..dan aku ingat lagi..time tulah first time aku rasa ..nikmat tajine ni..semenjak tu bila balik Malaysia..aku menjadi mengidam gila kat Makanan ni..tapi apakan daya..jauhnya morocco ni beribu-ribu batu dari Malaysia..so bila dah sampai Morocco ni..benda first aku cari...TAJINEEE




Dan tidak lupa juga..buah-buahan kat morocco ni..semua sedap2 gila..dan yang paling penting besar gilaaa..and jus buah yang diorang jual kat sini...memang THE BEST..harga boleh tahan murah jugak..tak kira lah..jus buah tu kat kedai restoran ke kat tepi jalan ke..lebih kurang sama je..memuaskan hati dan menyegarkan perasaan dahaga ni..ahhhahaha

Ok,so mungkin benda terakhir yang aku boleh cite kat sini..ialah perangai orang arab morocco..boleh aku cakap antara specialnya perangai orang arab kat sini ialah betapa friendlynya diorang nak dibandingkan dengan orang2 Arab yang lain..antara benda yang (boleh buat seganla jugak) ialah 
betapa respectnya diorang kat orang Malaysia ni...salah satu sebab ialah kerana imej islam yang sering ditonjolkan oleh masyarakat negara kita..aku ingat lagi time aku pergi farmasi..pekedai tu tanya aku dari mana..aku jawab jela Malaysia..pastu dia respon.."oh..islam2"..aku time tuh macam ...erk..rasa malu pulak..kalau la dia pergi Malaysia yang sebenar..Allahu..mungkin kecewa sikit..tapi bagi aku sejujurnya..dalam meletakkan expectation untuk biah dalam sesuatu tempat..jangan letak expectation yang tinggi sangat ..sebab in the end..kita semua manusia..dan sesuatu tempat tu terdedah dengan percampuran antara perkara yang baik dan yang buruk..Nak tempat yang semuanya baik tanpa sedikit pon keburukkan? tunggu jela syurga .


(ERK...ISLAMIC...ERR YE... YE )


tapi bagi aku benda yang paling best yang ada kat Orang Morocco ni ialah..betapa helpfulnya diorang..bila kita cuba cakap bahasa arab dengan diorang..diorang tak menganjing bila kita tersilap..malah mengalakkan dan memberi sokongan untuk kita cakap bahasa arab..dan bila kita try cakap fushah dengan diorang..diorang pon akan cakap fushah jugak..yang menjadi perbezaan antara orang morocco dan orang negara arab yang lain..dan oh..orang morocco ni kebanyakkan diorang kuasai 3 bahasa ..bahasa arab (bahasa rasmi.) bahasa perancis (bahasa kedua diorang) dan bahasa amazigh (bahasa ibunda diorang)..dan yang paling mengkagumkan..rata-rata mereka fasih dalam 3 bahasa ni..(wow..impress gila time first time dengar)



cuma tula..English takde dalam senarai..jadi struggle jugak la time first time datang..aku ingat lagi time aku beli ubat kat farmasi..mak aku ada kasi nama ubat kat aku..aku pon tunjukla kat pharmacist tu...tapi mungkin ada masalah dari segi nama ubat tu yang mungkin berbeza..so dia tak faham..maka azablah aku nak explain dalam bahasa arab hancus aku ni..sampai satu point dia tanya aku.."is this for sex?!?!"...aku time tu macam..."Ya Allah..aku couple pon tak pernah..ni nak sentuh anak dara orang"..tapi tula antara pengalaman manis aku kat morocco

(bersama salah satu tenaga pengajar di markaz bahasa..Ustaz Mohammad)

mungkin tu jela kowt..antara benda yang aku boleh cerita pasal adventure aku kat morocco...mungkin klaw ada lagi ..aku akan tambah..heheh

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah disebalik One piece

One piece by Enchiro Oda merupakan by far the best anime yang aku tengok...selain daripada plot dia yang best gila..character yang deep ..dan of course aksi2 yang cool gila nak matey..antara benda yang aku paling suka pasal one piece ni ialah Falsafah yang cuba disampaikan kat dalam Manga itu sendiri.. okeyh..so sebelum nak cerita pasal tema dan falsafah dekat one piece ni..aku kene cerita dulu pasal background World One piece ni..supaya korang faham apa yang aku cuba sampaikan.. Secara ringkasnya Latar belakang Dunia One piece ni adalah sekitar zamab Great Pirate Age.iatu zaman di mana bilangan pirates semakin melonjak dan bertambah dengan mendadak selepas pembunuhan Pirate King Gol D.Roger..bertambahnya bilangan Pirates ni adalah disebabkan tindakkan Pirate King yang menggalakkan orang ramai untuk mencari harta karunnya iatu One Piece dalam ucapannya yang terakhir sebelum dibunuh oleh World Government..Oleh itu..dalam manga ni..kita Follow watak utama kita iatu Monkey D.Luffy,iatu se...

Warkah Elektronik buat Saudara Fitri Naim

Assalammualaikum  warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara Naim yang dikasihi, Saudaraku Naim, Apa khabar anda di bumi Jordan sana? Semoga saudara sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah, saya di Malaysia ini sihat-sihat sahaja. Meskipun telah berlalu pada saya satu keadaan yang getir yang menggoncangkan ketenangan jiwa ini, namun Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana  telah mengeluarkan saya daripada penderitaan tersebut.  Sahabatku Naim yang dikasihi,  Tujuan saya menulis warkah elektronik ini adalah untuk memaklumkan kepada saudara tentang keputusan yang saya telah pilih berhubung dengan perpindahan saya ke bumi UIA. Seperti yang saudara telah maklum, saya telah diberikan pilihan oleh ibu bapa saya untuk menukar pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas bumi Jordan dilanda wabak Covid 19 yang telah menyebabkan lapangan terbang tidak dibuka-buka. Sudah tentu perkara tersebut sangat merungsingkan saya kerana say...

Hidup dan perjuangan.

Kehidupan adalah satu perjuangan, ia seolah-olah satu treadmill yang memaksa semua orang yang melaluinya untuk terus melangkah kehadapan. Golongan yang paling berjaya ialah mereka yang berusaha untuk bergerak dengan pantas dan cekap manakala mereka yang refuse untuk bergerak ke hadapan akan gagal dan tenggelam dalam kehidupan. Penagih dadah, penganggur yang mengharapkan bantuan kerajaan (walaupun sihat walafiat) dan penagih telefon bimbit yang menghabiskan waktu sepanjang hari leka dengan dunianya, kesemua mereka diberi pilihan (1) Fight the world (2) Tenggelam dalam kenikmatan yang memeritkan. Hidup adalah perjuangan, siapa yang tidak mahu berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan maka dia akan masuk ke dalam neraka dunia sebelum masuk ke neraka akhirat.