Skip to main content

Falsafah disebalik One piece

One piece by Enchiro Oda merupakan by far the best anime yang aku tengok...selain daripada plot dia yang best gila..character yang deep ..dan of course aksi2 yang cool gila nak matey..antara benda yang aku paling suka pasal one piece ni ialah Falsafah yang cuba disampaikan kat dalam Manga itu sendiri..




okeyh..so sebelum nak cerita pasal tema dan falsafah dekat one piece ni..aku kene cerita dulu pasal background World One piece ni..supaya korang faham apa yang aku cuba sampaikan..

Secara ringkasnya Latar belakang Dunia One piece ni adalah sekitar zamab Great Pirate Age.iatu zaman di mana bilangan pirates semakin melonjak dan bertambah dengan mendadak selepas pembunuhan Pirate King Gol D.Roger..bertambahnya bilangan Pirates ni adalah disebabkan tindakkan Pirate King yang menggalakkan orang ramai untuk mencari harta karunnya iatu One Piece dalam ucapannya yang terakhir sebelum dibunuh oleh World Government..Oleh itu..dalam manga ni..kita Follow watak utama kita iatu Monkey D.Luffy,iatu seorang pirates yang dikenali sebagai Mugiwara yang bertekad nak jadi pirate king yang seterusnya 

Tapi aku sekarang ni taknak cerita pasal watak utama..aku sekarang nak cerita pasal salah satu  antagonist dalam cerita ni..iatu Marines..



Marines ni merupakan salah satu three great powers dalam cerita one piece ni..(lagi dua ialah Yonkou..dan Shichibukai.) dan secara ringkasnya Marines ni ialah angkatan tentera yang berkhidmat di bawah kerajaan dalam Dunia One Piece iatu World Government..dan salah satu konsep yang sering di bawakan oleh Marines dalam cerita ni ialah Konsep "Justice"..senang cerita Justice ni bermaksud semua yang melanggar peraturan merupakan orang jahat dan wajar dihukum tak kira sape pon dia..err senang cerita macam dalam dunia ni punya justice la

Tugas utama Marines ni ialah memastikan konsep justice dijaga .iatu benda yang sering dilanggar oleh golongan Pirates ni..oleh itu Marines akan bertindak untuk melawan dan menangkap golongan Pirates ni bagi memastikan bahawa keamanan dijaga..dan antara Tugas lain yang dibawakan oleh Marines ialah Memastikan dunia sentiasa stabil dengan three great powers..aku nak cerita tapi nanti jadi deep dan panjang pulak posting ni..

So antara falsafah deep yang kita boleh dapat daripada cerita ni ialah bagaimana Baik atau jahat itu bergantung kepada perspektif kita sendiri

orait..so dalam cerita one piece ni..disebabkan kita berada dalam kaca mata dan perspektif Mugiwara Luffy..Marines ini dikatakan sebagai salah satu antagonist dan watak jahat dalam cerita ni

Tapi aku secara personally ..aku takleh anggap yang Marines ni jahat..sebab yela..korang tengok dari kaca mata seorang Pirates kowt..iatu Luffy,walaupun Luffy digambarkan sebagai seorang Pirates yang baik dan suka menolong orang lain..tapi korang kene ingat..Bukan Luffy sorang je Pirates..ramai lagi Pirates lain dalam Dunia ni macam Kurohige dan Big mom dan lain2..Dan dunia one piece ni depenuhi dengan watak2 pirates yang jahat



Mereka ini selalunya berlaku zalim terhadap orang lain contohnya merompak dan membunuh orang awam..yela diorang ni lanun en..so diorang tak terikat dengan peraturan kat dunia ni..so ikut suka hati diorang la nak buat apa jadi wujudlah Marines untuk melawan golongan2 ni..jadi kalau korang orang awam dalam dunia ni..korang akan menganggap bahawa Marines ni ialah hero dan watak baik .

Tapi pada masa yang sama..wujud pulak golongan2 Pirates yang baik..mereka ni bukanlah golongan yang merompak dan berlaku zalim kat orang lain..diorang just nak adventure dan kebebasan dalam hidup ni..yang mungkin diorang tak dapat kalau korang mengikut peraturan dalam dunia One Piece

So kat sini dah berlaku percanggahan idealogi antara kebebasan mutlak dan juga sense of peraturan dan kawalan ..dan cara kau lihat sape yang baik dan sape yang jahat dalan cerita one piece ni bergantung kepada perspektif kau..

ok aku letak contoh insiden

Buster call di ohara 

Ohara ialah salah satu island yang dalam cerita one piece yang telah dimusnahkan oleh Marines melalui Buster call..Buster call ni nak senang cerita ialah arahan yang hanya boleh dikeluarkan oleh Pihak tertinggi Marines bila dah ada ancaman..dan selalunya Buster Call ni akan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat gilaaa..sampai boleh hancur satu island tu terus..

Dan salah satu rasional yang dibawakan oleh Marines terhadap pemusnahan ohara ialah kerana tindakkan Ahli Arkeologi Ohara yang mengkaji tentang Void Century iatu sejarah silam yang telah hilang dalam dunia ni..kajian dalam sejarah silam ni boleh menyebabkan Ancient Weapons yang hilang dahulu boleh ditemui semula dan menyebabkan kekecohan dan kemusnahan yang dahsyat dalam dunia ni..




Oleh itu tindakkan Marines ialah mengaktifkan Buster Call dan membunuh semua ahli arkeologi dekat ohara tu bagi memastikan bahawa rahsia ancient weapons itu tidak terbongkar dan disalahguna oleh orang lain..dan dalam buster call tu..Marines secara tidak langsung telah memusnahkan keseluruhan pulau ohara dan kapal yang membawa orang awam telahpun dimusnahkan oleh Vice Admiral Sakazuki..Justifikasinya ialah supaya takde satu pon ahli arkeologi ohara yang terlepas..dan disebabkan kegagalan marines membunuh semua ahli arkeologi Ohara,salah satu pirates yang jahat iatu crocodile,Ancient Weapon hampir2 jatuh ke tangannya..yang tuhan saja tahu betapa banyaknya kemusnahan yang akan berlaku jikalau dia betul2 berjaya.

mungkin kalau korang baca penulisan kat atas..korang akan nampak rasional pulau ohara dimusnahkan oleh Marines,namun kalau korang tengok One Piece yang memberikan perspektif melalui Nico Robin,korang mungkin akan merasakan bahawa Marines tu zalim..seluruh orang yang nico robin sayang telah mati dan dia telahpun diburu dan menjadi orang buangan sejak dari kecil lagi..dan atas sebab apa dia dibuat begitu? sebab mereka hanya curious terhadap sejarah lama yang hilang.

Dari situ korang dah boleh nampak dah konflik of interest antara dua pihak tersebut..dan selalunya benda ni akan menyebabkan aku sendiri conflicted antara mana satu penjahat dan mana satu hero dalam cerita ni..kerana dua2 ada rasional mereka tersendiri...

Bagi aku inilah yang menarik pasal One Piece..dia tak kasi penjahat yang betul2 pure evil macam joker atau Emperor Palpatine..dan tak kasi hero yang betul2 baik macam Ultraman ..kedua2nya ada salah dan baiknya,dan selalunya kita dapat justifikasikan penjahat tu baik atau buruk berdasarkan perspektif kita sendiri

aku tutup dengan ucapan doflamingo time Marineford War

"Pirates are evil? The Marines are righteous? These terms have always changed throughout the course of history! Kids who have never seen peace and kids who have never seen war have different values! Those who stand at the top determine what's wrong and what's right! This very place is neutral ground! Justice will prevail, you say? But of course it will! Whoever wins this war becomes justice!"

-Donquixote Doflamingo-


Comments

Popular posts from this blog

Warkah Elektronik buat Saudara Fitri Naim

Assalammualaikum  warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara Naim yang dikasihi, Saudaraku Naim, Apa khabar anda di bumi Jordan sana? Semoga saudara sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah, saya di Malaysia ini sihat-sihat sahaja. Meskipun telah berlalu pada saya satu keadaan yang getir yang menggoncangkan ketenangan jiwa ini, namun Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana  telah mengeluarkan saya daripada penderitaan tersebut.  Sahabatku Naim yang dikasihi,  Tujuan saya menulis warkah elektronik ini adalah untuk memaklumkan kepada saudara tentang keputusan yang saya telah pilih berhubung dengan perpindahan saya ke bumi UIA. Seperti yang saudara telah maklum, saya telah diberikan pilihan oleh ibu bapa saya untuk menukar pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas bumi Jordan dilanda wabak Covid 19 yang telah menyebabkan lapangan terbang tidak dibuka-buka. Sudah tentu perkara tersebut sangat merungsingkan saya kerana say...

Hidup dan perjuangan.

Kehidupan adalah satu perjuangan, ia seolah-olah satu treadmill yang memaksa semua orang yang melaluinya untuk terus melangkah kehadapan. Golongan yang paling berjaya ialah mereka yang berusaha untuk bergerak dengan pantas dan cekap manakala mereka yang refuse untuk bergerak ke hadapan akan gagal dan tenggelam dalam kehidupan. Penagih dadah, penganggur yang mengharapkan bantuan kerajaan (walaupun sihat walafiat) dan penagih telefon bimbit yang menghabiskan waktu sepanjang hari leka dengan dunianya, kesemua mereka diberi pilihan (1) Fight the world (2) Tenggelam dalam kenikmatan yang memeritkan. Hidup adalah perjuangan, siapa yang tidak mahu berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan maka dia akan masuk ke dalam neraka dunia sebelum masuk ke neraka akhirat.