Skip to main content

Posts

Hidup dan perjuangan.

Kehidupan adalah satu perjuangan, ia seolah-olah satu treadmill yang memaksa semua orang yang melaluinya untuk terus melangkah kehadapan. Golongan yang paling berjaya ialah mereka yang berusaha untuk bergerak dengan pantas dan cekap manakala mereka yang refuse untuk bergerak ke hadapan akan gagal dan tenggelam dalam kehidupan. Penagih dadah, penganggur yang mengharapkan bantuan kerajaan (walaupun sihat walafiat) dan penagih telefon bimbit yang menghabiskan waktu sepanjang hari leka dengan dunianya, kesemua mereka diberi pilihan (1) Fight the world (2) Tenggelam dalam kenikmatan yang memeritkan. Hidup adalah perjuangan, siapa yang tidak mahu berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan maka dia akan masuk ke dalam neraka dunia sebelum masuk ke neraka akhirat.
Recent posts

Jikalau tuhan itu wujud, dimanakah keadilan dunia?

Ini adalah salah satu syubhat yang selalu ditimbulkan oleh golongan atheis dan golongan yang mengingkari kewujudan tuhan. Jikalau tuhan itu wujud, di manakah keadilan? di manakah tuhan ketika mana seorang isteri yang tidak berdosa dipukul dan didera oleh suaminya? dimanakah tuhan ketika mana seorang kanak-kanak mati kelaparan? ini adalah antara persoalan yang sering ditanya-tanya oleh golongan yang menyangkal keadilan dan kewujudan tuhan seolah-olah keadilan itu hanya terbatas di dunia sahaja. Pertama sekali apa yang kita perlu sedar ialah keadilan yang diberikan oleh Allah bukanlah terhad di dunia ini. Allah menciptakan dunia dan akhirat di mana dunia menjadi tempat ujian dan beramal manakala akhirat menjadi tempat perhitungan. Sekiranya seseorang hamba menyedari bahawa dunia ini hanyalah tempat beramal untuk menentukan nasib kita di akhirat kelak dia akan menyedari bahawa Allah ialah yang maha adil dan yang terpaling adil. Allah berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 42: ‎وَلَا تَحۡسَ...

Book review: Sila baca jangan tidur

هذا   الكتاب   المبارك   ألّفه   شيخ   دكتور   كميلين   جميلين،   من   أحد   المحدث   في   مالزيا   وعضو   في   هيئة   الفتاوى   بولاية   برليس   وإقليم   إتحادية .  وهو العالم   المتقن   في   علم   الجرح   والتعديل،   فموضوع   رسالة   المجستير   ودكتورته   يدوران   على   هذا   الفن .  وقد   اشتهر   بين   الناس   على   قوة   حفظه،   فهو يحفظ   القرآن   الكريم   ومجموعة   من   متون   العلم   وأحاديث   النبوى   ومنها   رياض   الصالحين   لإمام   النووي   والمحرر   لابن   تيمية  . كان   بدأ   رحلة   علميته بدراسة   بكلوريوس   في   جامعة   الإسلامية   بمدينة   المنورة   في   كلية   الحديث   وقد   تخرّج   منها   بنتيجة ...

Book Review: Secangkir Teh pengubat letih

This book is written by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, The alumni of Mu'tah University which is the same university that im currently pursuing my studies on. Ustaz Hasrizal in my opinion is one of the if not, the most interesting figure in Islamic Da'wah arena in Malaysia. His philosophy and the way of thinking slightly separates him from the rest of PAS followers. Unlike his counterpart, he tends to view the issue the without any bias and tends to give a fair opinion of the issue through the Islamic perspective. Maybe one of the thing that really influenced him to this path of philosophy is his broad experience in interacting with people with different backgrounds and characters. But one of the most interesting part of his character is my inability to categorize him into any da'wah movement in Malaysia, is he a Salafist? Kaum Muda? Ikram? Pas? to be honest, I still cannot decide.  This book is a collection of experience throughout his stay in Turkey during 1990s. It is a ver...

Warkah Elektronik buat Saudara Fitri Naim

Assalammualaikum  warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara Naim yang dikasihi, Saudaraku Naim, Apa khabar anda di bumi Jordan sana? Semoga saudara sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah, saya di Malaysia ini sihat-sihat sahaja. Meskipun telah berlalu pada saya satu keadaan yang getir yang menggoncangkan ketenangan jiwa ini, namun Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana  telah mengeluarkan saya daripada penderitaan tersebut.  Sahabatku Naim yang dikasihi,  Tujuan saya menulis warkah elektronik ini adalah untuk memaklumkan kepada saudara tentang keputusan yang saya telah pilih berhubung dengan perpindahan saya ke bumi UIA. Seperti yang saudara telah maklum, saya telah diberikan pilihan oleh ibu bapa saya untuk menukar pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas bumi Jordan dilanda wabak Covid 19 yang telah menyebabkan lapangan terbang tidak dibuka-buka. Sudah tentu perkara tersebut sangat merungsingkan saya kerana say...

Peraturan dalam kehidupan

     Hidup ni rules dia simple je. 1- Kau takkan rapat dengan semua orang. 2- Bukan semua orang selesa dengan kau. 3- Bukan semua orang sama pemikiran dengan kau. 4- Kawan untuk dunia datang dan pergi, tapi kawan untuk akhirat akan sampai ke syurga ( reference kepada ahli syurga yang bertanyakan kepada Allah di mana sahabat2 mereka ). Sesetengah orang ( termasuk aku ) selalu terkejar-kejar nak rapat dengan seseorang yang kita macam sayang lebih tapi kadang-kadang dia tak layan pon. Kadang-kadang kita rasa sedih gila bila ada orang macam taknak rapat dengan kita, padahal kita tak sedar bahawa manusia ini berbeza dari segi personalitinya dan fikrahnya. Apa yang si A rasa best tidak semestinya si B pon rasa best. Jadi jangan terkejar-kejar sangatlah orang yang taknak kat kita tu, manusia kat luar sana ramai lagi, .nak bersedih dan berdukacita sebab seorang manusia yang taknak layan kita itu adalah tindakkan -hmmmm- yang sangat tidak wajar.    Kalau boleh nak persah...

Hakikat kesyukuran

Baru2 ni dapat satu soalan daripada salah seorang "kenalan" daripada UIA. Atas dasar sangka baiknya dengan aku, dia tanya satu soalan pasal hakikat kesyukuran. Awal2 tu rasa segan gila nak jawab. Kita ni bukanlah sesiapa nak jawab soalan tentang salah satu aspek penting dalam kehidupan sebagai seorang hamba di bumi Allah, jadi aku forwardkan soalan tersebut kepada Naqib aku, Ustaz Eirfan yang memang alim dalam bab2 Tazkiyatun nafs ni dan seorang lagi hamba Allah ni yang memang menjadi tokoh dalam bab hadis (harap bila dapat jawapan yang selit2 hadis nabawi ni dapatla dia tertarik sikit dengan dakwah sunnah hehe) Tapi malangnya lepas 5 jam, soalan yang di"forward"kan masih lagi tidak dilayan, maka terpaksalah aku berhempas pulas membuka kitab, membaca fatwa-fatwa ulama' mengenai hakikat kesyukuran ini ini soalannya:- dan ini pula jawapan aku:- First kene define betul2 lah apa maksud syukur tuh😅 Sheikh Ibn Baz dia explain yang syukur kepada Allah ada 3 (1)Melalui...