Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Hidup dan perjuangan.

Kehidupan adalah satu perjuangan, ia seolah-olah satu treadmill yang memaksa semua orang yang melaluinya untuk terus melangkah kehadapan. Golongan yang paling berjaya ialah mereka yang berusaha untuk bergerak dengan pantas dan cekap manakala mereka yang refuse untuk bergerak ke hadapan akan gagal dan tenggelam dalam kehidupan. Penagih dadah, penganggur yang mengharapkan bantuan kerajaan (walaupun sihat walafiat) dan penagih telefon bimbit yang menghabiskan waktu sepanjang hari leka dengan dunianya, kesemua mereka diberi pilihan (1) Fight the world (2) Tenggelam dalam kenikmatan yang memeritkan. Hidup adalah perjuangan, siapa yang tidak mahu berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan maka dia akan masuk ke dalam neraka dunia sebelum masuk ke neraka akhirat.

Jikalau tuhan itu wujud, dimanakah keadilan dunia?

Ini adalah salah satu syubhat yang selalu ditimbulkan oleh golongan atheis dan golongan yang mengingkari kewujudan tuhan. Jikalau tuhan itu wujud, di manakah keadilan? di manakah tuhan ketika mana seorang isteri yang tidak berdosa dipukul dan didera oleh suaminya? dimanakah tuhan ketika mana seorang kanak-kanak mati kelaparan? ini adalah antara persoalan yang sering ditanya-tanya oleh golongan yang menyangkal keadilan dan kewujudan tuhan seolah-olah keadilan itu hanya terbatas di dunia sahaja. Pertama sekali apa yang kita perlu sedar ialah keadilan yang diberikan oleh Allah bukanlah terhad di dunia ini. Allah menciptakan dunia dan akhirat di mana dunia menjadi tempat ujian dan beramal manakala akhirat menjadi tempat perhitungan. Sekiranya seseorang hamba menyedari bahawa dunia ini hanyalah tempat beramal untuk menentukan nasib kita di akhirat kelak dia akan menyedari bahawa Allah ialah yang maha adil dan yang terpaling adil. Allah berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 42: ‎وَلَا تَحۡسَ...