Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Warkah Elektronik buat Saudara Fitri Naim

Assalammualaikum  warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara Naim yang dikasihi, Saudaraku Naim, Apa khabar anda di bumi Jordan sana? Semoga saudara sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah, saya di Malaysia ini sihat-sihat sahaja. Meskipun telah berlalu pada saya satu keadaan yang getir yang menggoncangkan ketenangan jiwa ini, namun Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana  telah mengeluarkan saya daripada penderitaan tersebut.  Sahabatku Naim yang dikasihi,  Tujuan saya menulis warkah elektronik ini adalah untuk memaklumkan kepada saudara tentang keputusan yang saya telah pilih berhubung dengan perpindahan saya ke bumi UIA. Seperti yang saudara telah maklum, saya telah diberikan pilihan oleh ibu bapa saya untuk menukar pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas bumi Jordan dilanda wabak Covid 19 yang telah menyebabkan lapangan terbang tidak dibuka-buka. Sudah tentu perkara tersebut sangat merungsingkan saya kerana say...

Peraturan dalam kehidupan

     Hidup ni rules dia simple je. 1- Kau takkan rapat dengan semua orang. 2- Bukan semua orang selesa dengan kau. 3- Bukan semua orang sama pemikiran dengan kau. 4- Kawan untuk dunia datang dan pergi, tapi kawan untuk akhirat akan sampai ke syurga ( reference kepada ahli syurga yang bertanyakan kepada Allah di mana sahabat2 mereka ). Sesetengah orang ( termasuk aku ) selalu terkejar-kejar nak rapat dengan seseorang yang kita macam sayang lebih tapi kadang-kadang dia tak layan pon. Kadang-kadang kita rasa sedih gila bila ada orang macam taknak rapat dengan kita, padahal kita tak sedar bahawa manusia ini berbeza dari segi personalitinya dan fikrahnya. Apa yang si A rasa best tidak semestinya si B pon rasa best. Jadi jangan terkejar-kejar sangatlah orang yang taknak kat kita tu, manusia kat luar sana ramai lagi, .nak bersedih dan berdukacita sebab seorang manusia yang taknak layan kita itu adalah tindakkan -hmmmm- yang sangat tidak wajar.    Kalau boleh nak persah...